rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon More
twitter

Tatkala bila Bibir bertemu....Mr.R vs Ms.R

Posted on 1:13 AM by nurqalb

Ini bukanlah nak cerita pasal S18 tapi apa yang dimaksudkan Mr.R???hehehe dia boleh dikategorikan yang paling macho,bergaya,berani dan gentle person.Padahal sebenarnya DIA adalah pemusnah diri-sendiri.

Hakikatnya, Kementerian Kesihatan bukan kehabisan idea untuk membasmi perokok-perokok tegar yang sangat sukar meninggalkan tabiat tersebut. Sebaliknya kerajaan telah melakukan pelbagai cara, namun semuanya serba tidak menjadi gara-gara perokok yang tidak mempunyai kesedaran tinggi untuk berhenti seperti mencurah air ke daun keladi. Malangnya, jumlah perokok baru bertambah di kalangan remaja dan kanak-kanak dari semasa ke semasa. Kempen ini hanya sekadar kempen sahaja, yang kaya hanyalah tauke printing, tauke papan iklan serta syarikat media TV dan radio swasta.

Jika anda seorang perokok dan jika anda merasakan kempen anti merokok itu tidak berguna, maklumkanlah kepada pihak yang menjalankan kempen supaya menyalurkan wang tersebut kepada orang lain yang benar-benar memerlukan wang tersebut. Inilah jasa anda sebagai seorang perokok. Katakan “Tak Nak” kepada kempen yang membazir. “Tak Nak” kepada sikap berpura-pura. “Tak Nak” kepada kerja sia-sia.so,tontonlah video ni berilah nasihat kepada rakan2 anda,keluarga,dan masyarakat atas bahayanya merokok.

2 Response to "Tatkala bila Bibir bertemu....Mr.R vs Ms.R"